Selasa

New Start

Assalamualaikum...
akhirnya tergerak juga hati nak mengemaskini blog yang usang ni. bak kata en Azwandy dah penuh anai-anai dah. hahaha.....bukan apa cuma keadaan dan masa yang senantiasa tak mengizinkan. selesai saja berpraktikal ada saja aktiviti mengisi jadual. jadi ini adalah percubaan semula yang bukan pertama untuk mengelakkan diri dari kembali ke mode senyap. sesungguhnya blogspot masih lagi agak asing bagi wordpressian macam Q ni. baik...

Pemanas Badan #1


nampaknya misi Q menawan utara sedikit hampir tercapai.mana taknya hampir seminggu Q ke negeri Jelapang Padi, Pulau Pinang dan yang terdekat ke Pangkor pula.
sayangnya sekarang musim tengkujuh di Utara. kempunan jugalah kami nak memancing di Kedah. mana taknya, masuk petang je hujan sampai ke malam.bukan rezeki. dapat tengok ikan puyu meloncat keriangan ke jalan raya beramai-ramai pun dah cukup puas.

Pemanas Badan #2
masih teringatkan kenangan ketika berpraktikal di SMKTMu. tipu la kalau kata dah lupa. tapi agak letih juga la melayan kerenah murid-murid yang senantiasa mesej dan telefon sehingga kini. seperti privasi telah diragut. macam mana la no tel boleh terlepas ke tangan diorang.

Pemanas Badan #3

Q bercadang nak buat satu segmen khas kat blog Q macam Aduan Rakyat. tentang kerosakan, isu sosial ke yang sebelum ni pihak yang berkaitan tak nampak atau terselindung dari diorang. ni kira khidmat masyarakat Q untuk komuniti. boleh jugak nanti Aduan Rakyat tv3 ambik buat modal. hahaha...
apa pendapat korang?

Pemanas Badan #4
tiba-tiba macam nak cuba buat Vlog (video blog) sendiri. hahaha..jom wandy kita buat...





minta maaf la kalau gaya penulisan semacam agak kekok. kata pun pemanas badankan? agak kekok la sebab dah lama berhenti menulis agak lama. jadi tips dari korang amat diperlukan. ops...satu lagi, maaf sebab bahasa agak pasar sikit. my bad....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bosan...

Azwandy Bin Muhamad berkata...

ko nak buat video pasal ape???

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...