Rabu

Ragam Manusia Solat dalam Kapal Terbang

http://4.bp.blogspot.com/-3Skg24gPDbY/TY_I8nNdXEI/AAAAAAAAAHM/X5gGnHrwSmo/s1600/Dalam_Kapal_Terbang.jpg



Hari terakhir di Arab Saudi membayangkan rasa keseronokan pulang ke kampung halaman di Malaysia yang dicintai. Wajah berseri-seri dan pakaian yang baru atau yang cantik dipakai pada hari keberangkatan balik ke Malaysia. Berbeza betul semasa Jemaah bertolak ke Mataar Madinah (Airport) dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit yang bermula pada waktu Duha. Setelah melalui beberapa prosidur imigresen dan sebagainya, jemaah Haji telah memasuki ruang menanti di dalam mataar Madinah. Waktu hampir 1 jam sebelum waktu Zohor. Ramai juga jemaah yang mengambil wudhu' sebagai persiapan sebelum menaiki pesawat kerana mereka akan dihadiahkan sebuah Al-Quran terjemahan Indonesia setiap seorang (ini alasan mereka mengambil wudhu').


Setelah 15 minit menaiki pesawat, kapal terbang pun bertolak, dan 30 minit setelah berada di ruang angkasa, maka masuklah waktu Zohor kawasan setempat. Terdapat beberapa orang jemaah telah mula beratur di toilet kapal terbang. Air mula membasahi ruang lantai kapal terbang. Atas sebab-sebab keselamatan, juruterbang melarang para jemaah menggunakan toilet untuk mengambil wudhu'. Maka terjadilah tiga situasi jemaah.

1. Jemaah yang masih ada wudhu' yang diambil di mataar Madinah
2. Jemaah yang mengambil wudhu' didalam kapal terbang
3. Jemaah yang tidak sempat mengambil wudhu di dalam kapal terbang

Pesawat melalui satu kawasan yang agak banyak air pocketnya. Pesawat terbang dengan kadar yang tidak licin penerbangannya, seperti kereta melalui lubang dan lekok-lekok jalanraya. Solat mula didirikan, maka terdapatlah beberapa kelompok mereka yang menjalankan kewajiban solat. Mereka ini juga terdiri dari :

1. Jemaah yang bersolat berdiri (didalam keadaan pesawat yang tidak stabil)
2. Jemaah yang bersolat ditempat duduk mereka.
3. Jemaah yang tidak bersolat atas sebab tiada wudhu'.

Ada juga kelihatan jemaah dari Fakulti Islam sebuah Universiti di Malaysia yang tidak sempat mengambil wudhunya mula melakukan tayamum dengan menepuk-nepuk kerusi dihadapan mereka. Melihat keadaan itu, ada juga jemaah yang terikut-ikut, tetapi malang sekali langsung tak keluar debu! Maka terjadilah 3 kumpulan yang:

1. Solat tanpa wudhu' kerana menghormati waktu (menurut pandangan mereka)
2. BerSolat dengan bertayamum menggunakan debu tempat duduk.
3. Dan seperti diatas, ada yang tidak bersolat kerana tidak ada wudhu'.

Disini dapat kita lihat pelbagai ragam manusia apabila berhadapan dengan situasi masuk waktu solat didalam kapal terbang. Kaedah-kaedah ini mungkin tidak diajar didalam kursus Haji atau Umrah. Kita dapat lihat beberapa jemaah yang masih berkeras ingin bersolat secara berdiri walaupun tidak diizinkan oleh kakitangan kapal terbang atas sebab-sebab keselamatan. Ada juga yang ingin mengambil wudhu' walaupun telah dilarang, kerana menyebabkan kerosakan kepada litar toilet pesawat. Dan tidak kurang juga kita melihat jemaah yang langsung tidak melakukan solat! Ini baru balik dari menunaikan Rukun Islam terakhir. Alangkah ruginya bila menghadapi keadaan demikian.

http://4.bp.blogspot.com/_pZ1eU1vEX6g/TAcgGh1gTPI/AAAAAAAAAuI/ARyq9u4z6T8/s1600/solat+dalam+kenderaan.jpg
sumber: badamkt.blogspot.com
-------------

Tamat cerita dan senario saya. Persoalannya:- Apakah wujud Solat menghormati waktu? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Apakah boleh saya Qadha' sahaja solat tersebut?? Mengapa hendak Qadha' Solat yang mana waktunya masih ada atau ia boleh di jama' kan?

Di sini kami memetik Soalan yang telah dijawab Sheikh Muhammad bin Saleh Utsaimin, bekas Mufti Saudi, yang kena dengan soalan dan permasalahan diatas.

----------------------
Soalan :

Jika tiada air diatas kapal terbang, atau keadaan beku disana, atau mereka tidak dibenarkan menggunakannya yang boleh menyebabkan kebocoran dan menyebabkan kerosakan kepada kapal terbang, atau bekalan air yang tidak mencukupi, Bagaimanakah penumpang boleh melakukan wudhu' dan sudah diketahui bahawa tiada terdapat tanah dan debu disana?

Jawab Sheikh Ibn Utsaimin :

Alhamdulillah. Didalam kes yang anda nyatakan, wudhu' adalah tidak mungkin atau sukar sama sekali. Allah berfirman :


" Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Hajj 22:78]

Maka penumpang haruslah melakukan tayammum menggunakan kerusi kapal terbang, jika terdapatnya debu disitu. Jika tiada kedapatan debu, maka hendaklah ia bersolat walaupun ia tidak bersih, kerana dia tidak dapat menyucikan dirinya. Firman Allah swt :


"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " [al-Taghaabun 64:16]

Akan tetapi, jika boleh dilakukan solat apabila mendarat di Lapangan Terbang sebelum tamatnya waktu solat yang kedua, maka bolehlah melakukan Jama', maka diperboleh melambatkan (delay), contohnya - mempunyai Niat menjama'kan (himpun) solat dan bersolat Jama' Takhir. Maka dia harus melakukan solat apabila kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang. Jika keadaan tidak membenarkan, contohnya, sudah sampai masa untuk solat yang selanjutnya sepetti Asar dan Magrib, atau Isya' dan Subuh, ataupun Subuh dan Zuhur, maka ia harus bersolat menurut keadaan yang ada.

---------------------------
Anda boleh lihat juga Soal-Jawab yang telah dijawab oleh Sheikh Fiqh kita, Al-Fadhil Ustaz THTL didalam url dibawah ini :

SJ-1412: solat dlm kenderaan

Paling tidak pun, sekurang-kurangnya kita boleh membawa bekalan air yg minimum yang boleh diletakkan didalam bekas botol mineral water. Satu botol yang kecil itu, sekurang-kurangnya dapat menampung 2 kali solat (2 kali solat jama'). Tak perlu menggunakan banyak air. Kalaulah tiada ada jalan lain, maka bolehlah digunakan kaedah yang dianjurkan oleh Bekas Mufti Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin. Kerana solat itu wajib dilakukan pada waktunya.

Amatlah rugi, pulang dari menunaikan Haji atau Umrah, masih melakukan qadha' solat dan melakukan solat yang tidak ada didalam syara', iaitu solat menghormati waktu. Mungkin masih mempertahankan, bahawa muqallid tidak boleh memilih nas yang lebih baik?!....Wallahu 'alam.


sumber: FB

Tiada ulasan:

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...