Selasa

Temporary Hiatus

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sejahtera kawan-kawan
Q bersiaran secara langsung dari Tawau
maaflah agak sukar untuk terus update seperti biasa sekarang ni
berada ditempat orang banyak cabarannya
banyak perkara perlu diuruskan
dan yang paling penting 
laptop dan internet pun tiada lagi!

Q janji semua 'penderitaan' ini akan berakhir
menjelang tahun baru
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sudoku
sepanjang berada di sini tanpa sebarang hiburan media massa
Q ada beli satu buku sudoku kecil 
buat peneman tatkala sunyi
jadi korang pun bolehlah layan sudoku ni
sementara tuan blog ni fikir cara macam mana nak update seperti biasa ye.
sayang korang!!


Ahad

Di Mana Nak Solat Jumaat?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Q: Puan, masjid terdekat di kampung ini di mana?

Pengetua: di kampung ini tiada masjid

Q: habis tu nak solat Jumaat di mana?

Pengetua: kamu boleh solat di surau sekolah saja.

Q: surau sekolah?

Pengetua: jangan risau. semua cukup. kita ada ustaz yang uruskan.

alahai~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Salah Jabatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A: Puan saya nak buat passport.
B: boleh..tapi adik kena pergi bangunan sebelahlah.
A: Kenapa pulak kak. dah nak tutup ke?
B: Sini Kastam dik. Imigresen kat bangunan sebelah
A: Aisehmen~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

Keperluan Asas

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekarang sudah bertambah lagi satu keperluan selain air dan juga elektrik
"Siaran TV Berbayar"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin

Rumpai laut; hidangan exotic

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bila berada di sini
Q tak terlepas mengambil peluang yang ada
sedang seronok berjalan di Bandar Tawau
teringin pula untuk merasa keunikan makanan lautnya
jadi Q ke pasar Tawau
orang sana kata itu adalah pasar tersebar di Sabah
punyalah banyak jenis ikan sampai Q kelabu mata nak tengok yang mana satu
dari sebesar-besar ikan sampailah yang sekecil-kecil ikan bilis semua ada.
murah pula tu
memang syurga makanan laut
ketam, kerang, udang, sotong?
jangan katalah semua saiz gergasi
dah macam muzium ikan

biasanya rumpai laut ini akan dimakan mentah dengan kuah asam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu

Bukit Tengkorak: membebat rindu untuk kembali

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kali ini berkunjung pula ke
 Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah
memang tidak perasan pada mulanya
rupa-rupanya Bukit ini bersebelahan saja dengan sekolah kami Tun Sakaran
takkan nak sia-siakan peluang ini
jadi kami dalam berempat naik ke atas
penat mencungap jugalah
dengan anak tangganya yang kalah batu caves


[gambar dari pakcik google]

[gambar dari pakcik google]

minta maaflah
tak dapat upload gambar original
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Masa itu emas putih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
masa itu emas putih
terlalu berharga tetapi dipakai sambil lewa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sejak awal tiba di sini
waktu adalah musuh utama.
oleh kerana di sini waktunya berlainan.
cepat sedikit
maka jam biologi tubuh juga menerima kesan sampingannya.
jika dahulu semua perkara boleh dilengah,
di sini semuanya perlu lebih terarah.

"di sini semuanya perlu awal. lewat sedikit subuh nagalah jawabnya" kata Abg Ramin, staf SMART

jadi jam loceng perlu ditetapkan jam 4 pagi setiap hari.

"jangan lupa di sekolah agama pulangnya pukul 3 petang" tambah Abg Ramin berseloroh.

waaa...!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis

Mencari Damai di Semporna

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah,
selamat sudah sampai di bumi Sabah ini bah.
dingin saja.
hujannya hampir disetiap kali subuh menyapa.
.....
alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan
akhirnya impian aku bergelar guru semakin tercapai
belum jadi lagi
sebab belum berlaku proses mengajar
dan surat dari Jabatan Sumber Manusia
yang tak nampak-nampak batang hidungnya
......
nampak gayanya dalam masa terdekat ini akan jaranglah update
disebabkan kekangan yang tak dapat dielakkan
insyallah
kalau sudah sedikit senang
memang akan terus aktif harapnya
kerinduan untuk terus berkongsi idea dan pengalaman senantiasa ada
tunggu pakcik senang la ye
hahahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Isnin

selimut bawah bayu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat tinggal Muar
Selamat tinggal Johor
Selamat tinggal Semenanjung
Selamat tinggal  semua
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal ibu ayah
manusia pembesar dan penjaga
yang melepaskan dengan tangan yang separuh rela
lepaskanlah mak
akan aku pulang membawa berita gembira


Pergi aku menunaikan amanah
Pergi aku dengan jiwa yang tabah
pergi aku penuh duka
pergi aku penuh tawa
Pergi aku meninggalkan seribu satu karenah jiwa
kerana aku tahu itu semua hanyalah mainan jiwa
yang bersifat sementara
akan aku berusaha sedaya ada


Selamat datang pengalaman
Selamat datang cabaran
Selamat datang pintu kejayaan
Selamat datang kehidupan selepas kehidupan
Selamat datang rezeki mu ya Rabb
dengan jiwa lemah dan semangat yang patah
cuba bertongkat menerpa awan
bangun kembali melawan amarah

Insyallah 
ada jodohkan tetap berjumpa lagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

panjat memanjat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
panjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjatpanjat
panjatpanjatpanjat

JOM PANJAT
GUNUNG KINABALU!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi masa

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Bukan masa mencemburui kau,
Kau tu yang tak pandai menguruskan masa”
B@#%*&g!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu

kacap terlabik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baru-baru ni Q ada dapat satu E-mails dari seorang teman.
Q Paham
Korang Paham Tak?
Kalau Paham Angkat Tangan…

Usdnatnerd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs rpsoet it. Strange..isn’t it?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Sentuh dulu baru tahu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jangan Meniru

<<<<<<<<<<^^^^^^^^^^>>>>>>>>>>
Aku :     Pssst…kau rasa mana satu pilihan di hati, si A atau si B?
Kau :     Aku pun tak pastilah, tapi bagi aku, aku pilih si A.
Aku :     Kau biar betul. kau pasti ke tu pilihan yang terbaik?
Kau :     Suka hati kaulah nak pilih yang mana…
Aku :     Ok…Ok…nak emo pulak kat sini. Kalau kah dah cakap semacam itu aku ikut jelah.
Aku :     yang penting jawapan tu betul.
Dia :     Kalau begitu saya pilih kamu berdua untuk keluar dari dewan ni…
.
*dialog di atas berlangsung ketika ujian sedang berlangsung.
Amaran, jangan sesekali meniru!!
TamaT
<<<<<^^^^^>>>>>

Khamis

telefon bimbit yang mana satu yang lebih mudah terbakar?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
antara telefon android, windows dan apple
mana satu yang lebih mudah terbakar?
grill time



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu

Datuk pun nak main

###################################################
1
Sewaktu sedang berehat, seorang datuk bertanya kepada cucunya yang mahu keluar.
“cucu nak ke mana?”
“nak main-main dengan nenek”
“Datuk tu nak kemana pula?”
“Datuk nak main dengan nenek”
-Manasikana-
######################################

Selasa

kalau keyakinan itu rumah, sokongan itu hiasannya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selepas mendapat panggilan penempatan semalam
ramai kawan-kawan Q yang bertanya khabar, memberi sokongan, tak kurang juga dorongan
ya, memang agak sukar untuk menerima
tapi apakan daya
tanggungjawab perlu dipegang
janji perlu dilunas
...
sekali lagi Q ingin berterima kasih
kepada kawan-kawan yang memberi motivasi
kamu semua sumber kekuatan

Isnin

situasi di konsert dari dulu hingga kini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ya betul
manusia sekarang lebih mementingkan dokumentasi pengalaman mereka
dari menikmati apa yang sedang mereka alami ketika itu
contoh?
3gp melayu boleh
hahahah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

akhirnya penantian penempatan terbalas dengan perasaan bercampur baur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akhirnya penantian berakhir
tarikh keramat
15/11/2010
penempatan guru sudah dikeluarkan
bagi yang belum periksa lagi boleh periksa di sini
dan keputusannya Q akan ke

Apabila Perempuan Bergosip: Satu penjelasan

“”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”
Assalamualaikum
penjelasan untuk perkara di bawah.
mungkin mereka sedang berbincang bagaimana untuk merancang keluarga.
(tapi diorang belum kahwin)?
mungkin jugak diorang sedang merancang
penggiliran jantina apabila sudah berkeluarga kelak.
(mungkin ke?)

hahaha… ni bukan penjelasan, ni kutuk namanya.
yang aku tau amalkan surah-surah ni:
a) Surah An-nisa
b) Surah Yusuff
c) Surah Maryam
d) Surah Lukman
tu je.
mungkin korang tau ape yang sepatutnye yang perlu. hahaha…
jadi tolonglah aku buat penjelasan.
“”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”

Apabila Perempuan Bergosip

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ketika aku masih lagi dalam bilik kuliah, aku nampak sekumpulan
perempuan berkumpul kat satu penjuru untuk bergosip.
biaselah perempuan…gosip memang tak dapat di pisahkan.
jadi aku tak ambil pusinglah.
kebetulan beg dan peralatan tulis aku semuanya berada di situ.
maka kiranya aku ke sana untuk ambil semua barang aku
untuk berambus dari situ.
tapi aku tiba-tiba tertangkap apa yang diorang bualkan.
Miss A: macam mane kita nak tau kita dapat anak lelaki atau anak perempuan?
Miss N: ala kan ada cara ….bla…(aku tak dapat tangkap ape yang diorang cakap)
Miss A: mane nak tau, air yang diorang pancutkan same je????
aku terkesima untuk 20 saat.
dan blah.
Noktah.
========================================================

Ahad

Retro Setia Selamanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 http://blog.changearchitects.ca/__oneclick_uploads/2009/02/white-flag.jpg
i
akhirnya aku mengalah
luntur sudah segala kebobrokan hipokrasi
ya
aku akui aku masih ingat yang satu ini
menjadikan mimpi hampir-hampir menjadi realiti
................
ii
bukan soal cinta manusiawi
ini soal berperang dengan diri sendiri
dalam degup menanti  surat berisi
bertanya aku kepada sang hati
adakah kau sudah bersedia?
hati bersekongkol dengan jantung mendiamkan diri
sunyi sepi

Doraemon vs Nobita

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 sebelum ni Q ada buat post tentang Sinchan VS Hagemaru
yang ada video yang sangat kelakar
tapi kali ini Q nak tunjukkan satu lagi video yang sangat kelakar
http://www.tofugu.com/wp-content/uploads/2008/11/doraemon1.jpg
dari doraemon dan nobita versi real @ live action.
bukan macam hello kitty tau
dah ade keluar ke?
jom tengok...

Jumaat

Koleksi Kertas Ujian Kelakar #2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sambungan entry lepas


Khamis

Koleksi Kertas Ujian Kelakar #1

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau semalam kita dah tengok karangan terhebat UPSR.
kali ini Q nak tunjukkan koleksi jawapan mengarut
yang Q kumpulkan setakat ini.
kalau ada anak bagi anak tengok sekali
nasihatkan jangan buat begini.
boleh bikin cikgu gugur rambut.
hahahaha


Karangan terbaik UPSR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selasa

Wanita mengandung selepas menonton video lucah 3D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sejahtera

seorang wanita Amerika mendakwa bahawa dia telah hamil 
selepas menonton video lucah 3d bersama dengan seorang teman di New York.

Isnin

pencuri kucing dijumpai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"mana kucing aku?" teriak Tok Tik. 
terlihat kesan-kesan basah dipinggir anak matanya.
Tok Tik jiran kami yang paling dekat dan paling rapat dengan keluarga kami.
"sabarlah nek, kejap lagi baliklah kucing tu" 
mak cuba menenangkan Tok Tik yang dari tadi histeria
mencari kucingnya ke sana ke mari.
masuk kali ini sudah 4 kali Tok Tik kehilangan kucingnya.
cuma kali kedua kucing Tok dijumpai mati dilanggar lari.

Selamat menduduki peperiksaan kawan-kawan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sejahtera kawan-kawan
hari ini Q nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada kawan-kawan yang berada di UPM dan IPTA/IPTS yang lain.

semoga tenang dan menjawab dengan yakin dan BETUL.
kenapa boldkan BETUL tu?
mestilah kena jawab dengan betul baru boleh skor 4flat. 
betul tak?
jangan asyik dengan fb,
jangan asyik dengan aktiviti,
jangan asyik dengan DOTA,
jangan asyik dengan program kolej,
jangan asyik dengan awek
pakwe/gerek/gewe/pacar/gegel/boipren/girlfriend/kapel
jawab soalan peperiksaan bersungguh-sungguh ye

Doa menghadapi peperiksaan

Tag dari PDB

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sejahtera kawan-kawan
hari ini Q nak jawab tag yang diberikan oleh PBD
ape tu PBD
Poet Dusun Bayu la...



Ahad

Mari tonton Chelsea vs Liverpool secara online streaming

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mari tonton Chelsea vs Liverpool secara online streaming
baru tadi Arsenal tewas
lepas ni jangan terlepas aksi perlawan
Chelsea vs Liverpool
epik!
mari tonton sama-sama

Apabila orang kaya berbicara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu

Dr berstatus Phd juga makan nasi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera
http://www.zamrii.com/makan.jpg
Q teringat akan kata-kata seorang Dr berstatus Phd pernah berkata
"manusia ini bagi saya ada 3 kelas:
  1. makan apa?
  2. makan di mana?
  3. makan bersama siapa?

Doa dipercepatkan Jodoh - Insya Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan jodoh, adalah berdoa....
bagi yang suka berwirid dan berdoa boleh amalkan ayat ini
setiap malam jumat bacalah surat Alam Nasyrah 313x,setiap selesai 10x maka bacalah

اللهم اشرح صدور اولاد ادم وبنات حواء وارزقنى الزوجة الصالحة التى تحبها وترضاها وارزقنى الزوج الصالح الذي تحبه وترضاه

Allahumma Syroh Shuduura awlada adam wa banaati hawa warzuqniy zaujatas Shoolihatal latiy tuhibbuha watardhoohaa war zuqniyz zawjas shoolihul ladzii tuhibbuha wa tardhoohu

Ya..Allah lapangkan hatinya anak cucu adam dan Hawa, dan berikanlah kami jodoh perempuan yang Engkau cintai dan Engkau Redhai, dan berilah kami jodoh laki-laki yang Engkau Cintai dan Engkau Redhai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ataupun
Petua untuk dapat jodoh 
(sebagai tambahan kepada usaha2 lain)

amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

" Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa......."

bererti
"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di bawah ini beberapa do'a untuk mempercepat mendapatkan jodoh:

Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah. ..
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah. ...
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain
dan
kemudian Jodohkan kembali si dia dengan ku ...
"Amiin..."

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Terima Kasih… Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doa mohon dpt isteri yg baik...

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang- orang yang bertakwa (Muttaqin)"
al-Furqan: 74
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lapar! - gambar kelakar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


lapar! lapar!
perut dah berkeroncong
mahu jalan-jalan cari makan
mahu cari resepi Laksa ke, Singgang ke, 
best jugak 
ish kecur..kecur..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat

Doa & Tips Melupakan Kekasih Lama...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

http://2.bp.blogspot.com/_iK3__g2l4WM/SenKiQSRH6I/AAAAAAAAAKQ/YMKxtmo0L1w/s320/letgo.jpg
via amriey

CINTA SEJATI..itu la yg korg semaikan di dalam hati korg utk si dia..tetapi..kite hanya merancang.ALLAH jua yg menentukan segalanya..jgn terlalu cepat berputus asa dan menutup pintu hati korg utk sesiapa lg..sbb kat luar sane masih ramai yg akan menghargai  korg..cume masenye uk pertemuan 'kamu dan dia' masih belum kesampaian..jadi bersabarlah dan hadapi sume ini dgn tabah..sesugguhnya jika benar dia adalah jodoh korg..pasti x kemana..yg penting skang korg perlu lupekan die demi kebahagiaan die dan dri korg sndri..cinta itu x boleh dipaksa...

Khamis

Bank menang Pilihanraya Galas dan Batu Sapi?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
S: siapa yang menang Pilihanraya Batu Sapi dan Galas?
Q: rasanya siapa yang menang?
S: ha..mesti BSN menang
Q: BSN?
S: kalau bukan BSN mesti PAS atau PKR kan?
Q: bukan BSN....BN la BN
ahahahahah

Rabu

Happy Deepavali - Funniest Deepavali Ads in Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Deepavali (also: Depawali, Dipavali, Dewali, Diwali, Divali, Dipotsavi, Dipapratipad ) marks the beginning of the Hindu New Year according to the Lunar Calendar. It literally translated means 'Row of Lights' (from Sanskrit: dipa = lamp / awali = row, line). It celebrates the victory of goodness over evil, light over darkness, and ushers in the new year.

Seni tangan+alam yang menakjubkan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sangat menakjubkan!
itu sahaja yang boleh Q katakan
at&t sangat kreatif 
apabila menggabungkan seni tubuh dan alam menjadikannya sesuatu yang indah
ada berbentuk haiwan liar, monumen dan macam-macam lagi

Selasa

Apabila diletakkan duit dan manusia bersama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
duit duit di mana kau duit
kerna duit hutangnya membukit

yup hari ini bukan mahu bercerita tentang buat duit
bukan juga bagaimana nak menghabiskan duit
tapi nak tunjukkan gambar duit dan manusia 'bersatu'
bukan kahwin ye
hahahaha

Lirik Lagu Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lagu yang semakin meningkat naik 
oleh kerana lirik dan muziknya yang sangat 'catchy'
seperti berjaya menambat hati anak muda sekarang.
tapi yang paling penting mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini
memang kena 'batang hidung' 
sesiapa yang sedang berhubungan
supaya jangan jadi 'nakal'
salah satu cara 'dakwah' yang baru

rindu ini datang lagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ah!
kenangan itu datang lagi
kenangan tentang masa riang
juga
kenangan tentang hari mendatang
yang boleh buat aku menangis sekarang
rindu akan diri ini yang dulu
rindu akan kamu
ya
entah apa khabarmu sekarang
oh angin, 
sampaikan salam rindu ini kepadanya
yang buat rinduku menyesak dada
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lirik lagu Senyum - Malique & Najwa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.sofunnyjoke.com/games/files/cat-smile.jpg

selepas rentetan lagu-lagunya
yang masyuk dan mendalam mesejnya
kini Malique menampilkan single terbarunya
yang lebih ringan iaitu 'Senyum"
dengan sekali lagi menampilkan Najwa
dengar tajuk dah tersenyumkan
kalau semua senyum

Isnin

Teko awak seksilah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Set teko seksi hasil Love Maegan
tapi jangan hidangkan kalau bakal mak mertua datang
bukan set cawan dan teko ni je yang terbang
ada juga peluang nak dapat anak dia melayang
huhuhu


Ahad

nah ambik kau bendera hongkong sebijik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 keyword menarik hari ini:
Bendera Hong Kong
entah apa sebenarnya yang nak dicari
nah ambik kau sebijik
sumber google

bendera Hong Kong
entah kenapa engkau cari bendera ini di blog aku
bukan sekali tapi 5 kali
jadi aku bantu kau

Sabtu

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

How to pet a kitten - dedication to ma lil sis

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dedikasi kepada pencinta haiwan
Dyla Qistina
apakata Dyla masuk qontest ni

Jumaat

A New Generation Of Superman And Spiderman Reveal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya Marvel mengeluarkan filem terbaru
gabungan antara superman dan spiderman
menurut Steven Spilberg filem ini bakal menemui penonton
selewat-lewatnya tahun depan 
Spiderman vs Superman: Public Enemy

Khamis

Minivan Ninja Turtle ditemui!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bagaimana korang suka tengok cerita kartun Ninja Turtle macam tu jugalah Britney Schney, 23 tahun yang telah mengubah van mini keluarganya kepada sebuah mini van yang stylo..

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Salam kawan-kawan blogger
hari ini Q nak join bloglist baru 
yang dibuat oleh Abg Ben kita nih
 image
kenapa Q kata Blog Q ni masih baru
tak caya meh tengok sini..

Rabu

vandalisme tak mengenal papan iklan. hahaha

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tengok tu
papan iklan autismspeaks.org pun diorang nak 'pedajal' jugak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Salam sejahtera

nampaknya dah lama Q tak sertai mana-mana pertandingan 
selepas pertandingan sebelum ini
semangat nak sertai tetap ada
tapi apa boleh buat
masa dan keadaan amat memaksa
.........
tapi semalam Azwandy aka Poet roger Q
yang Q ditag untuk satu contest
ape lagi
"pucuk dicita ulam mendatang"
Q sertai jugak
untuk pengetahuan kawan-kawan
Q ni memilih sikit
hanya contest yang ada 'sentimental value' saja Q sertai
memandangkan contest ini 
ada kena mengena dengan majlis konvokasyen Q yang lepas
iaitu 12 Okt 2010
maka Q taknak terlepas peluang uintuk sertai
terimalah


Isnin

mesin vending Ketam segar dari ladang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kalau sebelum ni kita dah lihat ada macam-macam mesin vending seluruh dunia
sekarang ini di negara China, pertama seumpamanya di dunia menjual ketam dengan menggunakan mesin vending. macam jual air tin jekan

Apabila Bahasa Kelantan di'KL'kan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

korang pernah jumpa Kelantanese yang pure datang KL tak?
Q dah pernah jumpa
memang agak menderita jugalah mereka nak survive dibumi orang lain
terbelit-belit lidah nak cakap 'orang luar'

ada sorang kawan Q konsikan satu lawak dari Kelantan
korang semua layanlah ye

Pasar Malam Baju Dalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dem!
setiap kali pergi Pasar Malam dengan mak dan adik-adik
mesti gua terkandas kat Gerai Baju, Coli dan Panties perempuan
dah la tak kasi masuk sama
berdiri la gua sorang diri kat depan gerai tu
sambil diperhati awek-awek yang tersenyum sinis

gambar google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
klik jika suka

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://1.bp.blogspot.com/_W-NX0dySrrc/TCr3k3RtlMI/AAAAAAAABmE/c0U87Hf3x7U/s320/dadali+copy.jpg
Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu

Lihat juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...